Tuesday, October 07, 2014

Kuatkan Aku dan Qalbu

bismillahirrahmanirrahim

lama dah aku menyepi dari dunia menulis.banyak faktornya.dan masa aku menaip ini pun,Dia yg izinkan.

aku diberi nikmat yang sangat besar dalam aku hidup pinjam segala milik Dia.Iman.Islam.Oksigen.Kesihatan.Penglihatan.Pendengaran.okay tak terLIST....
sebab banyak sangat

tapi jujur aku katakan .memang fitrah manusia itu.ada pasang surutnya,Iman aku terkadang bertambah dan terkadang menurun.Dan saat aku menurun itu..aku sangat perlukan sekeliling yang menguatkan.

aku fikir kau juga begitu.menurun yg disebabkan Futur,rasa penat dengan belajar.rasa tak cukup masa.rasa dah nak give up :(

tapi betul atau tidak.aku dan kau juga yang bagi ruang untuk rasa tu bertandang di Qalbu kita.ya kita.aku dan kau.

jadi perlu nya sahabat dan keluarga yg menguatkan.

kekadang aku sendiri ego.ya ego dengan Thuan yg menciptakan.kadang2 aku busy sampai terlupa untuk meminta padaNya.rasakan setiap detik itu aku yang cipta,Hakikatnya Dia yg izinkan semuanya:/

aku sebenarnya tiada tahu apa yang mahu aku terus taipkan.tapi aku taip ini ikut rentak hati dan laju tangan menekan papan kekunci.aku menulis ini dengan harapnya ia menjadi ingatan buat aku.

ya...ingatan buat aku

Saturday, August 16, 2014

Kau Kecil AJe!!

lama juga aku menyepi dalam menaip di blog yang kadang hidup dan mati ini:/
maaf atas bicara yang ntahpape..sbb aku menaip atas rasa apa yang aku rasa
yang mungkin saat aku menulis ini wujud perasaan 1001 rasa

dan hari ini Dia izinkan aku mengembara menyaksi indah ciptaanNya
sesuatu yang aku ingin lakukan seandainya aku diberi peluang mengembara

dan dalam kembara ini ada sahaja sesuatu yang Dia mahukan aku refleks kembali diri aku
dan alhamdulillah...seizinNya aku dijentik hati yang penuh sakitnya

ok sebab dah lama jari jemari tak berlari atas papan kekunci.
.........................rest sekejap.........................
ok dah sambung balik

Situasi 1:
melihat hidupnya suatu majlis yang dipenuhi manusia yang buat aku rasa sangat kerdil
sungguh sekerdil kerdil diri
kerana apa???kerana aku lihat satu suasana islamiyyah yg sangat hidup
tapi aku ingin sekali hidup dalam suasana itu...
alhamdulillah...majlis hari raya yang aku hadiri sangat meriah dengan rahmahNya

Situasi 2:
kekayaan bukanlah menyebabkan mereka GAH dengan dunia yang mereka kecapi
kerana apa..???kerana aku rasakan mereka sangat yakin bahawa hidup ini sememangnya sangat sangat sementara...
Allah...Kau berkatilah keluarga ini ya Allah dan jadikan keluarga aku sentiasa dalam redhoMu
teruslah...majulah...Allah sangat sayang akan kalian semua...kerana sekeliling kalian sangat menyayangi kalian...dan terkadang aku rasa sangat malu....Allah...

Situasi 3:
kasih sayang yang dipamerkan dan diagihkan
kesusahan tidak kalian hiraukan
kebahagiaan sekeliling yang kau angkat
dan buat seisinya bahagia bersama...
moga Allah redho kita semua :')

dan bersama2 jaulah ini aku dijentik hati
duhai hati....Jangan pernah merasa diri kau tidak memiliki apa2 kekurangan :'(
duduklah sesaat untuk kau muhasabah diri kau
terlalu banyak kekurangan yang sangat perlu kau perbaiki.... :'(

Friday, June 06, 2014

Aku yang pilih


Bismillahirrahmanirrahim...

Dan aku yang memilih dengan izinNya

Kekadang manusia memilih untuk melakukan keputusan yang akan memberi keuntungan buat dirinya

Dan kalau aku,pastinya aku memilih untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan buat dirinya.

Tapi kekadang ada juga manusia memilih untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan,tapi bukan untuk dirinya

Kerana cinta dan sayang,manusia ini sanggup melakukan sesuatu yang dipanggil pengorbanan

Walau dia tahu suatu saat dia akan merasa perit atas keputusan yang dibuat pada saat inj

Dek kerana yakin dengan janji sang Kholiq,manusia ini yakin ada sesuatu yang lebih baik yang sedang menanti dirinya

Dan aku ingin sekali tergolong dalam kalangan manusia seperti ini

Tapi terlalu lemah aku.Moga hati ini todak hanya memikirkan diri sendiri sebaliknya manusia sekeliling juga.


Tuesday, June 03, 2014

Salam teruskan perjuangan!!!


Assalamualaikum:)

Semoga hati kita terus sama bersungguh dalam mencari redhoNya.
Walau dalam usaha kita melangkah mendekatiNya,kita sering jatuh tertunduk.

Ya kerana aku punya nafsu.
Namun aku cuba keluar dari kepompong maksiat itu.

Alhamdulillah aku sekarang DIA izinkan meneruskan pengajian dalam bidang fardhu kifayah ini.
Insya Allah akan terus berjuang dan aku harap kau juga terus berjuang dalam bidang kau.

Walaupon kadang2 kepenatan yang amat bila masa kelas straight and kadang2 makan hanya untuk alas perut sebab mengejar yang lebih utama iaitu bertemu denganNya :)

Alhamdulillah.Dia pinjamkan aku hari lagi untuk aku membasuh dosa semalam dan kelmarin.
Dan mencipta pahala untuk hari esok.

Aku teringat untaian kata2....
Andai kau tidak mampu lakukan semua,jangan tinggalkan semua.

Insya Allah.Dia lihat usaha kita.
Dan sesuatu yang masih banyak belum aku selesaikan.

Perbaikilah dirimu,dan serulah orang lain.Noktah.

Assalamualaikum.:)



Thursday, May 29, 2014

It comes

In the name of Allah The Most Gracious Most Merciful

We dont know the real time

But it will happen

He have promised 

And the Arrival is Death


Friday, May 02, 2014

Kau pinjamkan

Bismillahirrahmanirrahim



Lelah perjalanan masih hangat aku rasakan saat ini

Perjalanan sang musafir minta ada hikmah dalam perjalanan ini

Melihat misalan yang Dia ilhamkan

Misalan melihat pohon-pohon pokok yang teguh berdiri di bukit tinggi
Umpamanya perkataan baik yang terbit dari mulut sang hamba
La ilaha illa Allah
Menyeru kepada makruf
Mencegah mungkar

Dan di sini
Aku Engkau izinkan sekali lagi menyaksikan pengorbanan daripada mereka tercinta

Seizinnya aku betsama mereka
Penat lelah berkeluh sunyi
Pelbagai hikmah dalam setiap penjuru cerita

Alhamdulillah.....

Kau mengilhamkan.
Aku minta padaMu.
Jangan sekali Kau biar aku memutus sesuatu walau sekejapan kelipan mataku


Monday, April 28, 2014

Bersihlah kau

Bismillahirrahmanirrahim

Hati
Saat kau bacanya perilaku aku ini
Dan kau rasakan aku jauh
Dari jalan redhoNya
Ingatkan aku....

Tolonglah engkau bersih.kau tahu tidak?kotornya engkau bawa musibah pada diri aku.

Selingan aku pada manusia,menyingkap negatif pada mereka.

Sedang aku sesaat memikir,manusia itu tidak bermaksud seperti sangkaan aku.

Aku jadi kotor.Aku jadi lemah.Aku jadi benci.

Pada diri aku sendiri.

Sebabnya kau sendiri tahu.Kau raja pada diri aku.

Aku cacat saat kau kotor.
Aku lemah saat kau hina.

Ya Rabb,andai raja kepada diri aku ini tidak mampu aku bersihkan lagi...
Aku minta dengan rahmat kasih sayangMu,Kau gantikanlah Raja dalam diri aku ini dengan raja yang baru.dan seizinnya,Kau bantulah aku untuk sentiasa memperbaiki raja ini

Wednesday, April 23, 2014

Brownies Suka Rasa

Assalamualaikum.
Setelah tertangguh-tangguh nak post untuk resepi ' Brownies Suka Rasa ' ni,harapnyaAllah izinkan aku meng'post' malam ni.manalah tahu ada yang nak mencubanya.
Cerita kenapa dari nak buat Tiramisu----->>>>Brownies Suka Rasa sebab nya,dalam freezer tu beratur coklat yang my abah and sistr beli kat Langkawi.
Tu yang tukar idea.alhamdulillah itu pun ilham darinya.

Ok enough.hehehe.untuk menghasilkan Brownies Suka Rasa ni,aku minta tolong Pak Cik Google and  Aunty Youtube utk cari idea langkah+resepi.jadi resepi ni aku rujuk kat satu blog ni.tapi maaf sgt aku lupa dah apa nama blog tu.try jugak cari balik kat history lists,tp dok jupe.:'(
Moga Allah berkati rantaian ilmu ini:)

Coklat 250g (dari langkawi,tapi kalau ikot resepi sebenar pakai dark chocolate.heheehe.sebab tu jugalah aku namakan Brownies Suka Rasa)
Butter 200g
Telur 5 biji (sebab telur yg ada kat umah ni kecik sikit,kalau besar 4 ok dah)
Tepung gandum 200g
Gula halus 150g (sebabkan kita nak amalkan juga healthy lifestyle,aku kurangkan manis dia.dari 180g kpd 150g.huhu)
Coco powder 125g (ikot resepi asal tak ade.tapi sebab dalam Aunty Youtube chef tu tambah,aku pon ikot suka rasa lah.huhu) 
1 penutup botol esen vanila

                                 Cairkan butter dalam periuk


                         Masukkan coklat dalam cairan butter

                    Ayak tepung gandum bersama coco powder

Pecah dan pukul sedikit telur.tak perlu sehingga kembang

Masukkan semua bahan tadi (coklat+butter+telur+esen vanila) ke dalam tepung gandum
Dan pukul hingga sebati.

Bakar dalam oven dengan suhu 140 C selama 40 minit (before masukkan panaskan dulu oven)

Lepas dah sejuk,bolehlah potong n hias ikot cita rasa anda.dan pastinya aku buat sesimple yang senang..tabur gula aicing sahaja di atas brownies suka rasa ku^^ 

Dan inilah hasilnyaaaa^^

Alhamdulillah.first try.belajar dan terus belajar.alhamdulillah^^
#projekardanihuda




Sunday, April 13, 2014

Hours....

Bismillahirrahmanirrahim

              Masjid Biru,Ipoh (berdekatan Royal College of Medicine Perak dan HRPB)


Saat orang lena dan aku Dia izinkan untuk bangun.

Bangun yang aku pintakan ada berkat dari sisi Sang Kholiq.

Aku saat ini risau+bimbang+berdebar dan macam2 lagi perasaan yang Evil Syaitan cuba buat aku hilang posisi tenangku.

Mungkin silap aku juga.ya aku pasti.aku punya silap aku di saat genting ini.

Tapi apa yang aku gentingkan sangat???!!!!

Persisnya kematian itu akan ku temui esok sehingga aku berasa bimbang kerana terlalu banyak urusan yang belum selesai.

Allah.......

Tapi apa yang aku bimbangkan saat ini ialah peperiksaan dunia yang akan aku hadapi.

Astaghfirullah....sampai aku terlupa akan sesuatu yang lebih jelas dan pasti tiba masanya.

Kematian.noktah.

Ya Allah.jangan urusan dunia ini buat kami hamba2 Mu enggan sujud padaMu.

Izinkan kami menjadikan urusan kami ini sebagai wasilah untuk lebih mendekati Engkau.

Duhai hati,yakinlah dengan Nasrullah :'(


Monday, April 07, 2014

Rezeki :)

Bismillahirrahmanirrahim.



"Eh kau gi masuk kereta dulu aku gi bayar parking"- Lan menyerahkan kunci kereta.

"X payahlah,biar aku gi bayar parking"-Mir amik kupon parking without money yang Lan keluarkan sekali.

Biasalah tu Amir,selesa dgn panggilan Mir klu dah nak bayar kupon.mungkin sebab dia tahu adab menumpang.so why not dia buat something yang boleh bahagiakan dan mudahkan orang.

----------------------------/////////\\\\\\\\\-----------------------------

"Aik,mana datang duit ni."-seluk saku seluar yang baru sat diangkat.RM20 berlipat dikeluarkan.letak atas meja study.Alhamdulillah.....:)


"Rasa duit ni macam dah habis dah.Alhamdulillah ya Allah^^"-keluarkan dompet dari saku seluar.

Amir dapat rasa sesuatu yang menenangkan dirinya.Dia yakin.andai tiada rasa berkira antara aku dan manusia,pasti Dia yang memiliki langit dan bumi ini tidak berkira dengan hambaNya.

Indahkan rasa itu.Amir berdoa dalam hati agar rasa dan sikap itu berterusan hingga akhir nyawa.kerana dia tahu dan yakin segala yang dimiliki saat ini hanya secebis pinjaman dariNya.

Kalam Suci:
وأنفقوا في سبيل الله ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة ۛ وأحسنوا ۛ إن الله يحب المحسنين
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
[Quran 2:195]

Saturday, April 05, 2014

Final Exam

 Bismillahirrahmanirrahim


                           

All the best^^ 

Thursday, April 03, 2014

Dia ada dekat sangat :'(

Bismillahirrahmanirrahim...



                                   



فبما رحمة من الله لنت لهم ۖ ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك ۖ فاعف عنهم واستغفر لهم وشاورهم في الأمر ۖ فإذا عزمت فتوكل على الله ۚ إن الله يحب المتوكلين
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
[Quran 3:159]


إن ينصركم الله فلا غالب لكم ۖ وإن يخذلكم فمن ذا الذي ينصركم من بعده ۗ وعلى الله فليتوكل المؤمنون
Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri.
[Quran 3:160]

Alhamdulillah ya Allah 
Untuk saat ini
Untuk ketika ini
Untuk peluang ini
Untuk damai ini
Dan untuk segala yang tidak terkira banyaknya...
Alhamdulillah:)


Friday, March 21, 2014

Harga

bismillahirrahmanirrahim

Sumber : Google Image

apa yang kau nukilkan akan diuji di atas engkau

you get what you give

itu yang sangat aku pegang dan kena semula pada aku

sebab apa???agak2???  sebab Allah nak ingatkan kita semula

alhamdulillah

harga.ya harga atas apa yang engkau berikan.

betapa pengasihnya Rabbul Izzati

andainya saat aku melakukan dosa itu Dia arahkan Izrail ambil nyawa aku

apa yang mungkin aku berikan jawapan pada Dia pada hari pengadilan kelak???

Allah....Alhamdulillah aku masih diberikan usia pada hari ini

kerana dosa ku yang banyak dan Allah izinkan aku untuk bertaubat padaNya...

pernah kalian rasakan seperti ini???Alhamdulillah ya Allah atas rahmat Mu yang tidak terkira banyaknya

aku kau dia dan manusia di bumi ini tak lepas dari berbuat dosa

kerana rahmatNya yang luas tidak terhingga dan menutup aib dosa yang kita lakukan buat manusia masih ingin duduk berdiri makan dan bersembang bersama kita

andainya dosa aku berbau..aku sendiri tidak yakin,masih adakah harapan aku untuk duduk bersama mereka

yang dikeliling aku dikelilingi manusia yang hebat


Monday, March 17, 2014

Allah plans the best for us :)

bismillahirrahmanirrahim...

Hujan.... Sumber :Google Image


kita masih diberi nafas untuk menyaksikan dan merasai apa yang berlaku disekeliling kita

manusia pelbagai ragam kita temui dan disitu ada ujian yang Dia izinkan kita rasai

dan saat ini aku kurang pasti apa yang kita sama-sama rasakan

adakah kita sedih di kala panas yang terus berpanjangan

atau kita sedang gembira saat basahnya bumi disirami hujan yang lama menyepi

ya...ada sebabnya Dia biarkan si hujan menyepi

bukan sengaja Dia jalankan taqdir seperti itu

Dia cuma mahu menguji aku menguji kau dan menguji umat seisi dunia

dan terkadang saat sepinya hujan itu akan beri kita erti bersyukur

erti kebahagiaan seperti kau saksikan turunnya butiran salji di bumi yang tidak pernah terjadi

tulisan ini tulisan hati yang cuba aku sampaikan buat yang ingin mengerti

dan aku tidak tahu dan tidak kenal siapa yang membacanya

namun seandainya kau ya kau membacanya mengertilah engkau

hujan itu menyepi kerana ada sesuatu yang cuba Dia sampaikan buat kita


Random Sharing :)

"Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi ; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan,dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan"
[Quran 6:3]

#170313 #170314 #hujan #sepi #prayforMH370 #prayforus #finalexam

Thursday, March 13, 2014

sakitnya...ketidakpastian itu

bismillahirrahmanirrahim...

masih kau sunyi tanpa khabar berita
mana menghilang kau satu dunia mencari
namun pastinya Sang Kholiq tahu letak duduk kau dan seisinya
kami disini Dia ingat lihat kesatuan kamu mungkin
kami disini terus ternanti mana hilang kau
masih ada harapan dalam qolbu si ibu si anak si isteri
jangan kau terus mendiam
tunjukkan lah jasad mu sebagai bukti
agar si penanti hilang lelah menunggu....

khabarkan pada bintang bulan matahari
dimana kau saat gundah jiwa menyapa
jangan biar sakit ini berterusan
sakit yang dalam ketidakpastian
apa jawapan yang boleh bibir mengungkap benar???

dan pastinya Dia tahu
sesuatu sedang Dia susun untuk kita semua
ya kita semua kau aku dia dan semua
jangan terus mengalah
teruslah menghela udara saat jantung kau masih berdegup
jangan biar ia berhenti hanya kerna kau jangka tiada hadapan lagi
semoga terus kuat di titik mana kau ada saat ini

aku dia dan kami semua
menembak mu jauh dengan utusan doa pengharapan kepada Dia
ya Dia yang Maha Mengetahui....

#prayforMH370

Thursday, March 06, 2014

Patutlah awak senyap

Bismillahirrahmanirrahim

Lama dah kiranya aku x mengupdate  blog yang dah ala2 blog tinggalan ni

Masa mencemburui aku menitip bicara bisu di blog tinggalan ini

Dan malam ni rasa nk menaip sesuatu rasa...

Sebab realitinya mmg malam ni aku lebih bisu dari biasa..ok i mean diam :)

Aku x kunci pon kamar beradu solo aku.

Just aku x biarkan tetamu luar menjengah ke tepi pintu dengan aku izinkan pntu kamar tertutup rapat

"Eh kenapa awak duduk sorang2 dalam store gelap ni"

"Herm..sebab nak rasa survive sorang2 sekejap cuma"

Salah sorang housemate ku masuk nak print handout

Aku hanya melihat tanpa kata...entah tiada rasa ingin berbicara

"Aisyah...pecah mulut...."

Macam lagak bayi kecil aku mereng

"Patutlah awak senyap sangat..."

Okay...noted that...

P/s: takpelah...Dia nak bagu awak hapus dosa tu..sakit kan kifarah dosa :)

Monday, February 24, 2014

Sunday, February 02, 2014

Maafkan Huda

Bismillahirrahmanirrahim

Masa berbulatan cinta dengan kekasih2 yg cinta dan rindukan Dia....

Aku teringat satu sharing dari salah seorang ahli usrah kami

Ada seorang imam ni (maaf ler ambe dok ingat nama beliau,tapi ambe suke sgt cerita beliau) setiap hari beliau akan tertunggu tarbiyyah yang akan diberikan Allah untuknya

Suatu hari tu Allah tak datangkan lagi...dan beliau sgt tertunggu....

Dan alhamdulillah...Allah sebenarnya datangkan ujian tu utk bantu kita...tingkatkan iman kita...

----------------------------------------------------------------

Kau yang tersakiti namun kau yang mengubati....

Ujian itu datang saat dunia benar2 sedang ditanduk teknologi...tapi kerana ujian yang Allah cuba uji aku dan dia...

Maafkan huda .... Terkadang aku sendiri silap

Ya Allah Kau rahmatilah insan mulia itu...

Kau panjangkan lah usianya...aku ingin sekali berbakti kepadanya saat tangan dan kakinya lemah di mamah usia tua...

Kurniakan aku hati yang mulia utk berbakti kepadanya setelah berbagai kepayahan yang dia lakukan demi anaknya ini....

------------------------------------------------------------------

Dia iqomahkan telinga aku saat aku melihat dunia pada 9 Ramadhan bersamaan 18 hari lagi dari tarikh hari ini....

Dia berpenat lelah .... Dia terlalu risau saat anak perempuannya tiada disisinya dengan penuh doa kepada Sang Pemelihara untuk menjaga dan memelihara anak2nya....

Allah...jagakan abah aku...jagakan hambaMu yang bernama Azhar b Abdullah...

Huda sayang abah abah!!!!

Umi abah sewaktu mengerjakan ibadah haji dan umrah tahun 2010


P/s :pengalaman itu buat kau jadi lebih dewasa.... moga Allah redho

Sunday, January 19, 2014

Buka duniamu bukan maruahmu

Bismillahirrahmanirrahim

Aku belajar sesuatu di petang ahad yang damai ni...

Ya....aku bukanlah yang sangat friendly bila ada lelaki...macam automatically aku akan jadi senyap sendiri...(aku budak biasa aje...)

Tapi itulah yang Allah cuba tarbiyyah aku petang no sebab tugasan yang aku terima untuk General Study kami...

Bekerja dalam group 5 lelaki + 5 perempuan itu perkara yang x boleh nak elak bila masuk CG...

Tapi itulah yang aku tempuh untuk dewasa aku yang semakin menginjak ini...

Ditambah guys yang jd ahli group aku memang jenis yang friendly tapi itu lah yang aku perlu hadapi...

Insya Allah..ada je hikmah dan tarbiyyah yang cuba Dia nak aku faham^^

Bila berdiskus tadi,aku rasa memang aku agak kekok tapi alhamdulillah aku masih lagi boleh mengawalnya...

Dan apa yang aku dapat konklusi di sini....

Buka duniamu...bukan maruahmu

It's up to you the way you want to convey that phrases :)

Moga Allah Redho ^^


Sunday, January 05, 2014

Dia Pelindung

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah this is my first post for 2014

Esok dah start tugas sebagai student...

Dan nak tak nak rela atau paksa aku mesti kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan fi sabilillah(ceh!!!org lain klu berjuang fi sabilillah mana ada lemah semangat mcm awak! *cubit lengan -.- )

Huhuhu...insya Allah semoga Allah redho bersama redho umi abah tercinta

Dan story sebenarnya masa aku nak kena naik bas utk gerak ke medan perjuangan...

Satu benda yg aku cukup risau kalau beli tiket bas yg bukan single...apa taknya sebab aku tak tahu siapa yang akan menumpang bersama aku di sebelah

Dan ini yang berlaku bila aku naik je menjenguk atas tangga bas...tengok kiri kanan toleh2 aku punya sit no37 dan no38 dah ada org dan org itu ialah a man -.-

Alamak..!!! Allah...Dia nak uji aku saat ni....

Dan Alhamdulillah Allah dah janji "bersama kesusahan ada kesenangan"

Akhi yang memahami keadaan aku , beliau dengan baik hati berpindah dari kerusi tepi tingkap ke row yg ada akhi lain kat situ...

Yang sangat leganya sebab kat situ pon kosong...jadilah kisahnya aku berkelana dalam bas tu seorang2 

Alhamdulillah...

"Mereka yang faham akan bantu mereka yang lain" - Alhamdulillah:)

                            
Perjalanan menimba ilmu:)