Setelah tertangguh-tangguh nak post untuk resepi ' Brownies Suka Rasa ' ni,harapnyaAllah izinkan aku meng'post' malam ni.manalah tahu ada yang nak mencubanya.
Cerita kenapa dari nak buat Tiramisu----->>>>Brownies Suka Rasa sebab nya,dalam freezer tu beratur coklat yang my abah and sistr beli kat Langkawi.
Tu yang tukar idea.alhamdulillah itu pun ilham darinya.
Ok enough.hehehe.untuk menghasilkan Brownies Suka Rasa ni,aku minta tolong Pak Cik Google and Aunty Youtube utk cari idea langkah+resepi.jadi resepi ni aku rujuk kat satu blog ni.tapi maaf sgt aku lupa dah apa nama blog tu.try jugak cari balik kat history lists,tp dok jupe.:'(
Moga Allah berkati rantaian ilmu ini:)
Coklat 250g (dari langkawi,tapi kalau ikot resepi sebenar pakai dark chocolate.heheehe.sebab tu jugalah aku namakan Brownies Suka Rasa)
Butter 200g
Telur 5 biji (sebab telur yg ada kat umah ni kecik sikit,kalau besar 4 ok dah)
Tepung gandum 200g
Gula halus 150g (sebabkan kita nak amalkan juga healthy lifestyle,aku kurangkan manis dia.dari 180g kpd 150g.huhu)
Coco powder 125g (ikot resepi asal tak ade.tapi sebab dalam Aunty Youtube chef tu tambah,aku pon ikot suka rasa lah.huhu)
1 penutup botol esen vanila
Cairkan butter dalam periuk
Masukkan coklat dalam cairan butter
Pecah dan pukul sedikit telur.tak perlu sehingga kembang
Masukkan semua bahan tadi (coklat+butter+telur+esen vanila) ke dalam tepung gandum
Dan pukul hingga sebati.
Bakar dalam oven dengan suhu 140 C selama 40 minit (before masukkan panaskan dulu oven)
Lepas dah sejuk,bolehlah potong n hias ikot cita rasa anda.dan pastinya aku buat sesimple yang senang..tabur gula aicing sahaja di atas brownies suka rasa ku^^
Dan inilah hasilnyaaaa^^







No comments:
Post a Comment