![]() |
| Hujan.... Sumber :Google Image |
kita masih diberi nafas untuk menyaksikan dan merasai apa yang berlaku disekeliling kita
manusia pelbagai ragam kita temui dan disitu ada ujian yang Dia izinkan kita rasai
dan saat ini aku kurang pasti apa yang kita sama-sama rasakan
adakah kita sedih di kala panas yang terus berpanjangan
atau kita sedang gembira saat basahnya bumi disirami hujan yang lama menyepi
ya...ada sebabnya Dia biarkan si hujan menyepi
bukan sengaja Dia jalankan taqdir seperti itu
Dia cuma mahu menguji aku menguji kau dan menguji umat seisi dunia
dan terkadang saat sepinya hujan itu akan beri kita erti bersyukur
erti kebahagiaan seperti kau saksikan turunnya butiran salji di bumi yang tidak pernah terjadi
tulisan ini tulisan hati yang cuba aku sampaikan buat yang ingin mengerti
dan aku tidak tahu dan tidak kenal siapa yang membacanya
namun seandainya kau ya kau membacanya mengertilah engkau
hujan itu menyepi kerana ada sesuatu yang cuba Dia sampaikan buat kita
Random Sharing :)
"Dan Dialah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi ; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan,dan Dia juga mengetahui apa yang kamu usahakan"
[Quran 6:3]
#170313 #170314 #hujan #sepi #prayforMH370 #prayforus #finalexam

No comments:
Post a Comment