Assalamualaikum:)
Semoga hati kita terus sama bersungguh dalam mencari redhoNya.
Walau dalam usaha kita melangkah mendekatiNya,kita sering jatuh tertunduk.
Ya kerana aku punya nafsu.
Namun aku cuba keluar dari kepompong maksiat itu.
Alhamdulillah aku sekarang DIA izinkan meneruskan pengajian dalam bidang fardhu kifayah ini.
Insya Allah akan terus berjuang dan aku harap kau juga terus berjuang dalam bidang kau.
Walaupon kadang2 kepenatan yang amat bila masa kelas straight and kadang2 makan hanya untuk alas perut sebab mengejar yang lebih utama iaitu bertemu denganNya :)
Alhamdulillah.Dia pinjamkan aku hari lagi untuk aku membasuh dosa semalam dan kelmarin.
Dan mencipta pahala untuk hari esok.
Aku teringat untaian kata2....
Andai kau tidak mampu lakukan semua,jangan tinggalkan semua.
Insya Allah.Dia lihat usaha kita.
Dan sesuatu yang masih banyak belum aku selesaikan.
Perbaikilah dirimu,dan serulah orang lain.Noktah.
Assalamualaikum.:)

No comments:
Post a Comment