Friday, June 06, 2014

Aku yang pilih


Bismillahirrahmanirrahim...

Dan aku yang memilih dengan izinNya

Kekadang manusia memilih untuk melakukan keputusan yang akan memberi keuntungan buat dirinya

Dan kalau aku,pastinya aku memilih untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan buat dirinya.

Tapi kekadang ada juga manusia memilih untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keuntungan,tapi bukan untuk dirinya

Kerana cinta dan sayang,manusia ini sanggup melakukan sesuatu yang dipanggil pengorbanan

Walau dia tahu suatu saat dia akan merasa perit atas keputusan yang dibuat pada saat inj

Dek kerana yakin dengan janji sang Kholiq,manusia ini yakin ada sesuatu yang lebih baik yang sedang menanti dirinya

Dan aku ingin sekali tergolong dalam kalangan manusia seperti ini

Tapi terlalu lemah aku.Moga hati ini todak hanya memikirkan diri sendiri sebaliknya manusia sekeliling juga.


Tuesday, June 03, 2014

Salam teruskan perjuangan!!!


Assalamualaikum:)

Semoga hati kita terus sama bersungguh dalam mencari redhoNya.
Walau dalam usaha kita melangkah mendekatiNya,kita sering jatuh tertunduk.

Ya kerana aku punya nafsu.
Namun aku cuba keluar dari kepompong maksiat itu.

Alhamdulillah aku sekarang DIA izinkan meneruskan pengajian dalam bidang fardhu kifayah ini.
Insya Allah akan terus berjuang dan aku harap kau juga terus berjuang dalam bidang kau.

Walaupon kadang2 kepenatan yang amat bila masa kelas straight and kadang2 makan hanya untuk alas perut sebab mengejar yang lebih utama iaitu bertemu denganNya :)

Alhamdulillah.Dia pinjamkan aku hari lagi untuk aku membasuh dosa semalam dan kelmarin.
Dan mencipta pahala untuk hari esok.

Aku teringat untaian kata2....
Andai kau tidak mampu lakukan semua,jangan tinggalkan semua.

Insya Allah.Dia lihat usaha kita.
Dan sesuatu yang masih banyak belum aku selesaikan.

Perbaikilah dirimu,dan serulah orang lain.Noktah.

Assalamualaikum.:)