Bismillahirrahmanirrahim.
"Eh kau gi masuk kereta dulu aku gi bayar parking"- Lan menyerahkan kunci kereta.
"X payahlah,biar aku gi bayar parking"-Mir amik kupon parking without money yang Lan keluarkan sekali.
Biasalah tu Amir,selesa dgn panggilan Mir klu dah nak bayar kupon.mungkin sebab dia tahu adab menumpang.so why not dia buat something yang boleh bahagiakan dan mudahkan orang.
----------------------------/////////\\\\\\\\\-----------------------------
"Aik,mana datang duit ni."-seluk saku seluar yang baru sat diangkat.RM20 berlipat dikeluarkan.letak atas meja study.Alhamdulillah.....:)
"Rasa duit ni macam dah habis dah.Alhamdulillah ya Allah^^"-keluarkan dompet dari saku seluar.
Amir dapat rasa sesuatu yang menenangkan dirinya.Dia yakin.andai tiada rasa berkira antara aku dan manusia,pasti Dia yang memiliki langit dan bumi ini tidak berkira dengan hambaNya.
Indahkan rasa itu.Amir berdoa dalam hati agar rasa dan sikap itu berterusan hingga akhir nyawa.kerana dia tahu dan yakin segala yang dimiliki saat ini hanya secebis pinjaman dariNya.
Kalam Suci:
وأنفقوا في سبيل الله ولا تلقوا بأيديكم إلى التهلكة ۛ وأحسنوا ۛ إن الله يحب المحسنين
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
[Quran 2:195]