Friday, December 27, 2013

Berlalu dan tak kembali

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...hari ni berakhir sudah jumaat terakhir bagi tahun 2013

Jumaat depan dah xde 2013 ... Semoga Allah Redho

Apa je kau dan aku isi untuk jumaat terakhir ni...

Allah redho ke atau tak... Tepuk dada tanya iman dan akal...

Tapi yg dah lepas x mungkin kembali lagi...jadi kau dan aku sama2 baiki diri yuk ;) 

Insya Allah...rahmat Allah tak pernah putis dari hidup kau dan aku...

Yang penting kita sentiasa bersyukur sebab diberi peluang hidup dengan nikmat iman dan islam serta macam2 lagi nikmat yg aku dan kau tak terkirw

................................................--------------.................................................

Sebenarnya citer sekarang ni aku dah tak sabar nak balik ke melaka

Setelah sebulan lebih berkelana di bumi ipoh *cehhh ipoh je pon :p

Let people talk...hahahaha

Tapi siyesss rindu nak peluk umi sayang nak cium abah hensem nak gadoh ngan adikberadik *ganaskan saya :p

Semoga Allah redho dengan rindu yang Dia masukkan ke dada aku ini...

Dan aku juga rindu kau....semoga Allah pelihara kau :D dan iman kau...

Oklah last sekali jom jadi hari esok lagi baik dari hari ini

#semogaAllahredho

P/s:this islamic planner i beli dari coursemate i ^^ ada mutabaah amal lagi
Moga Istiqamah kalau nak bole pm kat fb 


Monday, December 16, 2013

Solat+AlQuran+Doa

Bismillahrrahmanirrahim

Terjemahan rasa yang Dia izinkan.....

Usai solat isya' aku duduk sebentar sebelum tangan kerdil memohon untuk berdoa pada sang rabb

Alhamdulillah,td aku dan housemates menerima surprise from our senior yg sangat caring...subhanallah...moga Allah berkati mereka :D

Terima kasih akak yang membukakan buku ilhaman #HilalAsyraf yang aku miliki sejak aku di asasi lagi...aku rasa ramai je yang dah ada buku ni...

Untuk Kita Pendosa,Harapan Selalu Ada

Alhamdulillah,akk rai buka subtopic about "menghidupkan hati" .....subhanallah...lepas akk rai balik,aku cuba buka balik subtopic tu

Aku cuba terjemahkan tulisan tu supaya akal aku boleh mentafsir susunan huruf yang membentuk erti

Dan apa yang aku temui dengan izinNya...

Dua perkara penting yg kita sebagai muslim x boleh tinggalkan:
#solat lima waktu
#membaca Al Quran

"Amalan mendirikan solat dan membaca Al Quran,kedua-duanya datang dari langit.Ia adalah makanan utama kepada roh yang juga berasal dari langit yang tinggi"-Untuk Kita Pendosa,Harapan Selalu Ada

Dan kesekian kalinya,Hilal Asyraf said "jangan tinggalkan senjata kita - Doa"

Dan kadang kala aku sendiri akui,kuat sangat ke aku ni sampai berdoa pada Dia pon macam nak tak nak...Allah....Doa tu sebagai lambang kerendahan hati kita sebenarnya...Allah

Aku menulis kerna aku mohon redho dariNya...doakan aku menjadi hamba yang terus mendamba redho Allah...semoga Kau juga menjadi hamba yang mendamba redhonya...

Dan inilah buku yang aku katakan ....kalau ada yang nak cari,insya Allah x rugi beli...

    Untuk Kita Pendosa,Harapan Selalu Ada

May Allah Bless

Sunday, December 08, 2013

Jangan tinggal aku

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku berhenti sekejap menelan dan memahami ilmu Immunology....

Aku ada rasa ingin menitip dari hati yang ingin bersuara

Alhamdulillah..satu nikmat saat dia salurkan aku kekuatan utk menghadapi jalan yang aku pilih ini demi mencari redho ilahi terlebih utama

Namun saat itu juga...syaitan siap melancarkan perang besar dengan aku kerana berusaha menjauhi diri si terkutuk ini

Dia semakin giat buat aku rasakan jahiliyyah kecil seperti perkara biasa...

Sedang aku tahu perkara itu semua mengundang hati yang boleh menjauhkan aku dari sang kholiq

Memang si terkutuk dah janji dengan Allah yang dia takkan kalah untuk berusaha menysatkan umat manusia...

Sebab apa???sebab dia nak cari geng buat masuk neraka sama2...

Dan saat aku menulis ni pasti je si terkutuk ni tengah marah...ah biarkan dia marah sebab aku hanya takut pada tuhan si terkutuk!

Ya Allah...tuhan yang membolak balikkan hati kami,kau tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepadaMu

Dan Kau sentuhlah hati kami dengan cahaya imanmu yang tak kunjung malap...


Saturday, December 07, 2013

Jangan engkau bakhil


Bismillahirrahmanirrahim

"Ala....asyik aku je yang kasi...di x nak kasi balik k???" - rasa macam menyesal je bagi kat dia -.-

"Eh xpe awak...awak makan je ...kita beli memang utk makan...bukan nak suruh freezer tu hasilkan produk beku je" - muehehehee...

Herm...assalamualaikum awak2 yg sedang membaca disini..ltulisan aku hanya tulisan budak biasa yang ingin sedikit berkongsi...kalau ada salah silap dialu alukan utk menumbuk (menegur sebenarnya ^^ )

Kat mana awk ... Atau kat mana saya... Situasi kalau macam ni berlaku...ke tak pernah pon dua2 berlaku???

Ok..tu serius macam tipu je... Macam x caye je...hehehe

Iman seorang muslim tu turun naik kan...kalau naiiiiiiiiiik sokmo...itu dah jadi peringkt iman para nabi dqn rasul kan...

So kiranya mestilah kita x lepas dari create apa yg kita panggil sebagai DOSA...

rezeki...rezeki...rezeki...jodoh...jodoh...jodoh...maut...maut...maut

Ok tu semua dah ditentukan Allah :)

Dan kalau siapa2 atau aku sendiri lah sebenarnya ... rasa macam berkira sangat dengan sedikt rezeki yang Allah bagi tu

JOM kita cuba baca dan tadabbur ayat ni...ayat yang Allah hantarkan saat aku rasa berkira untuk share...

Semoga ianya akan lebih baik esok...

[2:245]

Ok...nanti awak2 boleh la buka apa yang dipanggil Quran terjemahan...

#this week start for EOM...doakan saya ye ^^ ~may Allah bless~
Ni cupcake kawan kite kasi sbb nk pujuk....
Serius sedap!!!! Alhamdulillah ....hehehehe

Saturday, November 23, 2013

sMiLe :) :) :)

Senyum 

:)

Sedekah yang mudah 

:)

teruskan senyum

:)

tapi jangan salah pilih tempat untuk senyum 

:)

May Allah Bless and Smile

Thursday, November 21, 2013

Kuatlah duhai sang hati

Bismillahirrahmanirrahim

Hati aku ini milik The Creator...Dia yang berhak membolak balikkan hati aku...

Dan saat aku menitip madah ni pon Dia yang terjahkan idea untuk aku menulis dan semoga ada yang bermanfaat.

Kenapa aku pilih jalan ini???mungkin kerana aku sudah bosan dengan jalan lama..sungguh bukan itu yang aku rasai...

Tapi aku ingin hidup dalam dalam redhoNya..jadi aku pilih jalan mujahadah ini...walau tipu andai aku kata:

"Ala chill la.mujahadah je pon.bukannya kau kena angkat senjata nak duk perang macam kat palestine syria pon"

Tapi jalan yang aku mulai pilih ini...aku sungguh2 kena kuat...dan Dia pilih aku di saat ini di tempat ini...kerana pasti Dia tahu sejauh mana kemampuan aku yang serba kerdil ini...

Allahuakbar...!!!Hasbunallah wa ni'mal wakil..... Cukup lah Allah menjadi penolong aku :'/

Saat ini yang aku harapkan,sokongan walau aku tidak menunjukkan kepada engkau..tp sungguh,andai benar aku ingin kan kebaikan ini kerana mencari redhonya,pasti Sang Kekasih tak lepaskan aku sendirian...

Ya Allah...izinkan air mata ini mengalir kerana menyesali kesalahan dan kealpaan diri ini...Kau terimalah ampunan kami sang hamba...

Teringat perbualan aku dengan kakak senior yang sangat baik..sangat penyayang...sangat caring..Allah...

Terima kasih ya Allah Kau pinjamkan mereka untuk mengusik hati ini

"Hati kita ni x boleh masuk dua benda dalam satu masa...kalau kita biarkan En Musuh utama bermain buat umah dalam hati kita...deritalah kita dan sengsaralah hati dan anggota kita ....tapi kalau kita penuhkan dengan kecintaan Allah...subhanaalh..indahnya..Allah"

Gigi dah duduk mengetap bibir dah...rasa nak nangis pon ada...ya Allah...terima kasih dan izinkan lah hati ini disentuh lagi terus dan terusan di sentuh...



Thursday, November 14, 2013

Maafkan aku sahabat:(


Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni aku ingin menitip bicara sikit boleh kot... :D lepas dah lama aku biarkan blog aku yang sedia ada sepi menjadi bertambah sepi sunyi...

Kehidupan aku yang smakin hari semakin di'busy'kan dengan tebal buku teks..tebal buku rujukan..buat aku c tahu bagaimana aku menguruskan hidup aku...

Tapi itulah fitrah hidupkan tak kiralah aku yang bercita2 menjadi doktor atau awak yang bakal jdi lawyer:D

Kenapa Aku minta maaf kepada insan bernama sahabat???apa salah yang aku dah buat kpd beliau???aku sendiri x tahu atau paling tepat aku sendiri x SEDAR!!!

Beliau menerima aku apa adanya...Dia dabar dengan keletah ku yang bagai aku sendiri x tahu how to describe myself yang.....herrrmmmm

Tp Beliau sangat baik walau tipulah aku kata kalau Beliau tiada kekurangan,sbb nnt jd sempurna pula..heee

Tapi itulah Beliau...

Mungkin ada baiknya suatu masa aku sendiri menjarakkan diri sendiri daripada beliau dari aku terus menyakiti htinya secara sedar atau x...

Beliau,seandainya beliau membaca apa yang ntapapa aku tulis ini...tahulah wahai beliau...Beliau banyak membantu aku...

Dan macam2+ntapapa lagi aku dah belajar daripada beliau:D maaaaaafffffkan aku...

may Allah bless U Beliau:D

This is one of beliau's favourite...cOttOn canDy :D

Tuesday, October 29, 2013

Lemahnya iman aku:(

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah,Kau redhoilah sedikit usaha aku yang x seberapa ini...

Aku tenang bersendirian dalam surau kecil ini...kubangkit melaksanakan sunat Dhuha (antara sunnah yang diajar oleh نبى محمد صلى عليه وسلم )

Usai aku solat dan berma'thurat..aku buka gajet pemberian umi tercinta :)

Tiba2 masuk sekumpulan manusia..aku kira mereka lebih muda dari usiaku..dan aku senyum melihat mereka

Ya..aku dengan urusan diriku dan mereka dengan urusan diri mereka

Baru aku kenali lemahnya sang diri...kebencian aku pancarkan sahaja dalam hati lemah ini

Saat aku lihat manusia bermaharajalela membuat sesuatu yang membuatkan diri ini hilang rasa hormat kepada sang manusia yang merasakan surau ini milik mutlak mereka

Sedih sebenarnya diri ini...aku meneruskan kerja yang aku hadap di hadapan laptopku sambil dihati hanya Tuhan yang tahu betapa bencinya aku akan kelakuan mereka...

Dalam hati aku menyumpah mereka agar diberikan petunjuk...ya mungkin kerna mereka masih terlalu muda...muda....

Kukuatkan semangat dan tugas aku yang pernah ku galas dan selamanya akan kugalas yakni sebagai daie

Bukanlah daie itu menegur dengan memarah,mungkin ku harap mereka menerima sedikit hikmah diri ini...

Ya Allah...pandangan redhoMu kuharap ya Rahman

Semoga Kau kurniakan diri ini dan mereka sang manusia petunjuk dan hidayahMu ya Rabb

"Mengubah sesuatu kemungkaran dengan 3 perkara dan di dalam hatilah yang selemah2 iman...dan aku????"

May Allah Bless

Friday, October 18, 2013

Penantian itu manis:)

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah,Kau hadirkan lah rasa cinta yg mendalam terhadap Engkau ya Allah

Ya rahim,kau hadirkan lah rasa cinta kepada insan2 yg mencintai engkau ke dlm diriku

Ya rahman,kau kurniakan kepada aku kecintaan kpd amalan2 yg mendekatkan aku kpdmu

-----------------------------------------------------------------

Subhanallah...manisnya sebuah penantian itu...

Saat keredhoanMu menjadi kekuatan bagi kami....

Penantian untuk bertemu dengan insan yang menyayangi aku kerana engkau yg tidak pernah hilang

Kerana sebab nya kami sandarkan kepadaMu...pasti kau hadiakan kepada kami semua...

Sesuatu yg sebaik-baik balasan dan pastinya lebih baik dari yang kami jangkakan...

Ketahuilah...sepi aku disini bukan bererti engkau hilang dari ingatan ku....

Tapi ku ganti dengan kalungan doa yang semakin membuat kita semakin dekat padaNya...insya Allah...

 Mahabbah itu sesuatu yang manis

Namun manis nya itu bukanlah dapat aku bandingkan dengan manisnya si semut mencari gula

Ianya hanya tercipta saat doa itu menjadi pengganti antara kita semua...

May Allah Bless You

Whom i miss so much and You is the one who read this one :)




Wednesday, October 16, 2013

Relax brother sister :D

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Aidil Adha muslimin muslimat:/

Just want to share something yg Allah ilhamkan utk tangan ni duk menaip di keypad yg dipinjamkan :)

Duk aku skrol home dkt fb,aku terperasan satu pic pasangan 'sweet' ni....

Sejujurnya aku bukanlah baik utk bercerita...tapi just want to share a part of my weak opinion (klu x puas hati silalah ye mengutuk di comment bwh sna ye...mmg aku lemah kot )

Aku bahasakan si cantik ayu ni sebagai adik la...sbb si cantik manis sebaya adik aku...

Alhamdulillah...Manis si cantik ayu bertudung dalam cover pic beliau...tapi yg buat aku sedih bukan ap...

Tapi sedih sangaaaaat kot.....yelah...mungkin sebab kami pernah berkerja bersama dalam satu pasukan...tapi yelah...Allah yg pegang hati kita kan...(moga Allah kekalkan kita semua termasuk awk comel hensem yg sedang meniti ayat ni hidayah dan petunjuk...Allahumma Aamin) 

Kenapa Allah haramkan hubungan sebelum nikah????

Bila persoalan ni duk main legar2 buat circumference kat kpla aku....terus aku Allah ilhamkan dan izinkan utk ingat panggilan telefon yg dibuat sang pemanggil di salah satu radio terkemuka penuh ilmiah....sape tak kenal radio..... Ikim!!!!!!

Sungguh...siaran ni banyak bagi aku yan terkapai mencari tujuan dan erti hidup untuk mndalami apa itu  kehidupan sebenar...

Kalau Awak2 yg comel hensem nak dgr bole je ketuk keypad pak cik google pemurah...nnt dia bg thu...

Kenapa?????Allah haramkan sebabbbb.....

Pernikahan bukanlah pengakhiran ssuatu hubungan

Tapi ia adalah 

Suatu permulaan bagi satu hubungan yg halal....

Dan ada juga golongan dewasa yg mengadu kepada sang Ustaz...

'Ustaz,saya x tahu knp,tp bila bersama dgn Isteri saya...saya dah x rasa apa2....'itulah antara persoalan yg aku sempat dengar...dari sang husband tp ada juga sang isteri yg mengadu begitu...

Dan ust tu menjawab:mungkin Awak dan isteri dah tiada cerita utk dikongsi....apa kata awk cerita zaman awak kena kejar dgn pak imam masa main kejar2 dlm masjid....???

Pakcik Husband:sambil tergelak dia jawab....hahaha....ada pulak ust...benda tu semua saya dah cerita masa kami belum nikah lagi...hahaha(dia terus sambung gelak dia :p)

Sebenarnya kalau kita buka mata hati kita...kita dapat menilai apa yg terjadi dlm diri kita...

Bismillahirrahmanirrahim...ya Allah...izinkan kami utk melihat dgn mata hati kami....

Moga awak2 yg comel hensem dapat manfaat dari penulisan aku walau sedikit cuma...moga ianya dapat membantu aku yg akan pergi meninggalkan dunia suatu hari kelak....

p/s: credit kpd owner of this cute pic....moga Allah berkati Awak sang pelukis ^^

Tuesday, October 08, 2013

Dia aturkan yg terbaik awak!

When you get something,don't forget to say الحمد لله

"Thanks Allah!!!!"

Esah happy x terkata... :) apa taknya....

Esah x perlu lah beraya haji sorg2 kat umah sewanya...
Esah x perlu lah nk makan maggi buat alas perut beliau yang sentiasa memainkan lagu rock...
Esah x perlu nk pening kepala nak pasang alarm bile semua housemate dah balik kg...

Alhamdulillah ya Allah...

Sebab Esah dapat balik kg pak cik Esah!!!walaupon x dapat jumpa umi abah Esah...
Tapi Esah boleh juga tunaikan hak Esah kat ahli keluarga lain...

Dan walaupon dengan segala susah payah Esah usaha nak cari tiket...

Tapi Esah yakin...Allah sedang mengatur sesuatu yg terbaik untuk dirinya...

Dan janji Allah dalam surah al-Insyirah:5-6

Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan 

So what's the most important thing is kept Smiling!!!!

Assalamu'alaikum awak :)

Monday, October 07, 2013

Dia tahu tu:)

Dan sekarang Esah merasakan dirinya dalam kekeliruan...

Apakahyang harus dia aturkan...

pikirannya celaru minta diorganize Sang Penyusun cerita dan takdir...

Pastnya ada cerita menarik yang ingin dia aturkan^^

Tapi Esah masih dalam kebuntuan :/

Doakan ye smoga terbuka jalan kebuntuan itu....

Dan x lupa juga....Awak!!!!

Selamat Hari Raya Haji yg akan tiba ye awak!!!



Tuesday, October 01, 2013

Rindu ini moga terubat...

Bismillahirrahmanirrahim...

Rindu ini tiada dosa di sebalik rasa cinta...

Ia satu perasaan suci aku titipkan buat yg layak menerima rasa rindu ini...

Rindu yg bukan mengharapkan balasan dari si dia yg bukan halal...

Sungguh rindu ini aku mohon Dia sampaikan dalam kalungan doa dariku...

Ingin ku cium kedua pipinya...yg semakin dimakan dek usia yg meningkat...

Air mata rindu mengharapkan kesempatan...

Agar aku diberikan peluang dan kesempatan untuk menuai bakti buat mereka yg banyak berkorban segalanya demi aku...

Agar aku diberikan hati yg murni dan suci untuk iklas menyemai bakti mereka yg berjasa....

Ya Allah...tidaklah pandai diri yg lemah ini terus menitip bicara indah...

Aku hanya harapkan...Kau sampaikan lah salam rindu cintaku buat mereka yg sangat aku rindu:/

Ya Rahman...panjangkan lah usia ku ini untuk aku berbakti kepada keduanya....

Umi Abah...huda rindu kalian...abg akak irsyad irfan adik...huda rindu nak gomol sama2....

Semoga Allah limpahkan rahmat dan petunjuk buat semua kaum keluarga tercinta...

Monday, September 30, 2013

Suara awak tu....(sengih)

Bismillahirrahmanirrahim...

bicara ini aku harapkan pandangan dan redho Ilahi dan pandangan makhluk penghuni langit

Manusia yang punya akal dan nafsu aku biarkan mereka ingin menjustifikasi diri aku yg lemah...

-----------------mata ditumpu pada skrin asus hadiah abah-------------------

Resah si Esah menanti panggilan yg akan dibuat oleh orang yg dia hormati...

Terdengar lagu Pejuang Agama nyanyian Kumpulan Imam Muda 2 di handphone pemberian abg yg dikasihi....

Helo,assalamualaikum. (Serentak kedengaran suara di hujung talian)

Esah terdiam seketika.memberi peluang kepada dia di hujung sana meneruskan bicara berkaitan kerja yg mereka sedang projekkan...

Ikotkan mmg si Esah x  nak bg no nya kpd dia...tp ianya bukan utk main2.... (Islam tu bukannya sampai awak tak boleh bercakap dengan lelaki bila keperluan)

Perbualan terus menuju ke topik perbincangan dgn suasana serius...Esah berusaha mengawal suaranya yg sedia ada lembut agar menjadi lebih tegas...Esah bimbing si pemanggil terbuai dgn suaranya...

Saat perincangan dirasakan sudah selesai dan menemui jalan keluar,Esah menyudahkan panggilan dgn memberi salam penutup...

Sedang si Esah merasakan si dia seperti terkejut dengan kepantasan tindakan yg dilakukan Esah...

Alhamdulillah....Esah lega kerana ianya telah tamat dan berharap tiada hati yang ternoda di saat muamalat itu berjalan

kerana di malam hari menerima panggilan dari si ajnabi pastinya perkara yg menjanggalkan dan buat hati Esah resah....

Tp alhamdulillah...insya Allah...semoga si Esah terlindung dari sebarangpenyakit hati begitu juga si pemanggil:)

Nukilan ini bukan menunjukkan sucinya si Esah...kerana itulah dia bimbang kekotoran dan debu terus menutup pintu hidayah buat dirinya...

Ya Allah...lindungilah hati2 kami dari bisikan jahat syaitan laknatullah...Allahumma amin...

Dan mata ini ....

Aku terus diam di atas bangku coklat ini...

Kepenatan seharian berada dlm kuliah...buat aku leka menyaksikan gelagat manusia sekeliling...

ada yg asyik berbual serius tanpa sedar mata bulat ini mengiring jalan bual mereka..

Dan ada juga yg asyik mesra berbual...aku harap terjaga ikhtilat antara kami semua...

Dunia saat ini...bukanlah lagi mampu membandin beza yg baik mahupon buruk...

Kerana ianya hanya mampu dilakukan sang mata hati yang sentiasa memastikan pandangan redho Ilahi...

Dan semoga....Aku dan sahabat2 ku sentiasa dalam golongan yg memandang redho Allah sebagai jalan ke syurga:)



Monday, September 23, 2013

First thing FIRST!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim:)

Alhamdulillah aku diberi kesempatan utk menitip bicara pada saat ini setelah kesibukan masa buat aku lengah mengupdate belog yg sedia ada sunyi...

Ya Allah...aku bukan menulis bukan kerna nama...

Aku hanya ingin dikenali sang penghuni langit yg sibuk berzikir kepadaMu..bukan dikenali sang manusia yg sedia sibuk dengan pelbagai urusan duniawi...

Alhamdulillah...syukur aku panjatkan buat Sang Pemilik Cinta yang hanya layak aku cintai sebelum aku mencintai manusia yang juga keranaNya...

Dia izinkan dan gerakkan diriku untuk turut serta dalam program yg dianjurkan PEMBINA

-----Yang Pertama dan Utama untuk dicintai:Allah S.W.T-----
Ust Pahrol:Kita sebenarnya fitrahnya cintakan yg sempurna....dan yang Maha Memiliki kesempurnaan ialah Allah azza wa jalla....subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wa allahuakbar

----Yang Kedua untuk aku dan ummah cintai:Baginda Rasulullah S.A.W----
Ust Pahrol:dan orang2 yang mencintai Allah dia mengikuti RasulNya--->>>Fattabi'uni
Kita akan bersama dengan orang yg kita cintai di akhirat kelak:)sahabat2 cinta mereka kpd baginda...subhanallah..dan aku sendiri???dan kita semua???

----how i want to avoid love before marriege????-----
Ukhti Adibah:kita sibukkan diri kita dengan usaha dan jalan mendekati Allah...tok se la kita duk berangan sokmo:/klu kita asyik tonton cerita korea...mmg dan pasti kita akan rsa sweet muitnye cinta tu wlupon tnpa hbgn yg halal:/tp klu kita lihat dan baca  cinta sahabat kpd Allah,Rasulullah,Islam itu sendiri...Masya Allah...hebatnya kisah cinta mereka^_^

----Cinta adalah Alat bukan Matlamat----
Meletakkan agama sebagai alat untuk mencapai cinta manusia hanya mensiakan diri kita di dunia apalai di akhirat...ttpi apabila kita menjadikan cinta sebagai alat untuk mencapai Mardhotillah...Subhanallah...kita akan menikmati indahnya hidup ini dan satu penantian yg indah di hari yg panjang kelak...

----Awak NAK jodoh yg BAIK????----
Ust Pahrol share 3 cara:
1.Jadi baik:) sebab yg baik pasti akan dapat yg baik^^dan jadilah baik kerana Allah bukan sebab nk dapat jodoh yg baik sahaja ^^
2.Ikut pilihan orang baik:) sebab orang yg baik syg saudaranya mcm dia syg diri dia...jd pasti klu dia nk  saudaranya memiliki pasangan...dia akan carikan yg terbaik untuk saudaranya mcm dia nak yg terbaik untuk diri dia^_^
3.Ikut cara yg baik:)
Bukan dok main cekup je...hehe...klu betul serius tetapkan matlamat...buat 'Paper Work Nikah'
Gunakan orang tengah lgi baik^_^

Ikutkan mmg banyak lagi nak share...tp banyak sgt...tapi yg terakhir sekali...suka aku dengan madah ini:)

-----Orang Yang Bahagia ialah Orang Yang Baik bukan Semestinya Orang Yang Cantik----
















 

Tuesday, August 20, 2013

awak buat apa tu???

bismillahirrahmanirrahim....

i'm just waiting 4 my lecturer to enter this Blue Theatre Hall ni :)

and macam2 lah action yang kita boleh saksikan....dan semestinya aku sebagai pemerhati di kerusi tangga paling atas melihat pelbagai tindak tanduk manusia...

kalau dulu kat asasi...aku x boleh dipisahkan dengan tempat yang paling bawah...herm...but not in degree...
mungkin sbb aku memang memerlukan pencahayaan yg akan membantu aku utk terus jaga (walau kdg2 lelap juga 4 mata ni )atau terus lelap walau dihadapan Dr...heeee...(sila jangan tiru aksi ini)

dan yang aku ingin nukilkan sebenarnya ialah...how a degree student spend their time b4 lecturer masuk atau lecturer lgsung x masuk...(semoga aku dan awak2 semua yg membaca dpt ambil yg baik n campak jauh2 yg tak baik tu )

aku teringat pesanan my naqibah lah aku kira...and aku dapat saksikan ad golongan yg sedang mengingatkan diri mereka dgn ayat2 cinta dari Sang Kholiq....subhanallah...

ada juga yang aku lihat khusyuk menelaah topik pelajaran masing2...rajin giler kot diorang...aku????hehehehe..sedang merajinkan lagi diri yg x berapa ni...:P

ha!!!!yg meriuhkan suasana pon ramai juga...x kira la boys or girls...tp mesti ada topik penting diorg borakkan....aku yang xde topik ni mmg x kluar ayat la...cuma kadang2 kacau daun kak fira ngan mak...(diorg yg rajin duk depan kami)

nampakkan kat situ...hermmm....act semua orang da bole pilih mana yang nak diikut....bukan semua bendalah kan kita nk kena dapat command dri class rep kan ??? :)

ok lah...ambil yg baik campak yg x baik...

May Allah Bless...

Wednesday, July 31, 2013

He gives me chance!!!

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah...complete a week in ipoh,perak(jauh ddk dari selatan ke utara la jugak..hehehe)

sometimes we think what we get already enough 4 us to satisfied

but actually..might be He want to see our effort

Alhamdulillah....
Give Thanks To Allah
For The Chance He Gives

starting my life as medical student.... (insya Allah until the rest of my life)
terima kasih umi abah yang bawa huda pergi interview :)
wlu pon macam rushing je buat keputusan...
dan juga x lupa semek adikku si aliya adila...huhu

terima kasih juga buat cik jamal dan cik aa..
maaf sangat susahkan..
tapi dah ddk ipoh ni dkt dengan mereka...itulah waris yang tinggal...huhu

dan buat sekalian abang ku ahmad firdaus dan kawan2 abang
dan juga kakak ku cik sofia azhar 
dan adik ku irsyad dan irfan...

Allah sent me this far away from my famili
from my home town because He want to teach me new things
explore something new^^

and never i forgot nabihah a.k.a biha 
she helped me a lot
carikan rumah sewa yang belakang umah beliau
inform me about this programme
thanks a lot biha..may Allah bless u:)

insya Allah:)
may Allah bless

Sunday, July 21, 2013

bersyukurlah huda... ^^

bismillahirrahmanirrahim...

huda menulis ini semoga membawa manfaat dan ingatan kepada diri huda dan visitor2 yg membaca

SEMOGA ALLAH REDHO

i'm still waiting for the call..THE CALL that will change my life schedule.....
tapi sampai sekarang huda x nampak bayang LINE dr uniKL  tu akan smpi ke jasin(daerahku)

Allah nak didik huda erti bersyukur mungkin :) 
12 julai 2013 keluar keputusan utk student2 yg akan sambung degree:)
ACTUARIAL SCIENCE and RISK MANAGEMENT
instead of
MEDICINE

 "Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah,2:216)

Mungkin Allah tentukan huda dalam bidang ni sebab ianya mungkin terbaik utk diri huda,agama,dunia,akhirat and future huda..pasti ada hikmah terselit :)

huda kena didik hati erti bersyukur:) 
mungkin huda terlalu melihat mereka yg berada di atas sampai terlupa melihat sahabat2 di bawah...
memang beruntung mereka yg Allah pilih mereka dalam bidang yang mereka impikan tapi bagai mana sahabat2 yang x dapat mana2 tempat di universiti...
Allah...ampunkan khilaf ku...

He Knows the Best for me:)
ya Allah:) guide me to your bless...
don't leave me alone in this world

"And you forget to say thank you Allah,
You forget to say Insya Allah,
You forget to say Subhanallah,
Raise your hand Alhamdulillah"
Don't Forget Allah by Farid Sanullah

Tuesday, July 09, 2013

ada beran...cubalah!!!

bismillahirrahmanirrahim:)

tengah huda scroll ke bawah dalam wall fb..tiba2 ternampak satu post yg menarik minat huda:)
its about KEUSAHAWANAN !!!hihi...ada duit raya lagi:D walaupon bru rabu ni nak puasa 1 ramadhan ^^
tapi entri huda sempoi je...x pandai sgt nak susun ayat :)

Belajar dari Zero to Hero

memang aku mempunyai minat yg sangat mendalam dunia keusahawanan...dan aku sangat suka melihat orang meniaga..terutama sekali bila seorang muslim yang meniaga walaupun beliau hanya meniaga AIR SOYA:) 

amazing apa mereka yg berjaya memulakan perniagaan...sebab bagi aku sendiri yang impikan sebuah keusahawanan aku sendiri,nak buka sebuah gerai walau hanya nak jual burger pun kena berani tanggung risiko...untung rugi tu semua kena amik kira...

okay...now aku nak proceed kpd dunia keusahawanan seorang pesara guru di sebuah MRSM di jasin ^^
kenapa ye aku pilih beliau sebagai contoh aku tulis dalam entri ni????
sebab::beliau seorang usahawan Muslim yg sangat pentingkan apa yang diajar syariat ^^
alhamdulillah...seronok kerja dengan beliau...

hampir 10 tahun beliau menjalankan perniagaan yg rata2 nye di bumi Jasin,melaka ini....majoriti bole dikatakan non muslim yg jalankan--->>>Kedai Kek:)

ya!!!itulah perniagaan yg dijalankan oleh beliau:)duit dari hasil bersara digunakan utk membeli sebuah rumah kedai 2 tingkat yang mana kiri kanan dan depannya merupakan peniaga nonMuslim...rezeki aku untuk menimba pengalaman sebagai seorang peniaga bermula disini^^

aku menimba ilmu menjadi seorang 'cashier'...ya:) from zero aku x tahu menggunakan mesin duit itu,kini insya Allah aku mahir menggunakannya:)dan sebenarnya aku memegang amanah yg sangat berat kerana mak cik memberi aku kepercayaan yg tinggi utk menguruskan hasil jual beli..

pada aku,seorang muslim yg ingin membuka perniagaan perlu mencontohi Rasulullah,Qudwah Hasanah umat Islam dalam menjalankan perniagaan...kerana Baginda sangat mementingkan kejujuran dalam perniagaan..

alhamdulillah...dalam menjalankan program keusahawanan ini..individu itu mestilah sentiasa meraikan pembeli yg datang ke kedai..memang tak dapat aku nafikan..lain orang lain ragam...tapi sebagai peniaga,kita mestilah sentiasa berusaha utk berinteraksi dgn mereka sebaiknya:)

konsep berkira juga sangat penting kerana kita sendiri sebagai pembeli pasti mahu melakukan proses tawar menawar,jadi kita perlu meletakkan diri kita dalam situasi mereka(pembeli)golongan Non-muslim sgt bijak dalam menarik hati pembeli dgn cara proses tawaran yg diberi

selain itu,amal tanpa ilmu akan menjadi sia2...jadi tak rugi walau kita berada di tampuk pimpinan tertinggi dalam sesebuah perniagaan..x salah kalau kita meluangkan masa utk menghadiri seminar2 atau kursus yg boleh mendatangkan manfaat dan kebaikan pada diri kita serta keusahawanan yg kita kendalikan..salah satu contoh yang boleh aku berikan disini ialah http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/

dan sebuah syarikat gergasi yang kita saksikan pada hari ini bermula dari sebuah keusahawanan kecil yg menempuh pelbagai rintangan dan cabaran utk menjadi seperti mereka hari ini:) kerana apa mereka berjaya???kerana SIAPA YG BERUSAHA PASTI BERJAYA :)

dan akhir sekali suka aku ungkapan frasa ini 

kita GAGAL pada hari ini bukan kerana kita TIDAK BERJAYA
tapi
kita BELUM BERJAYA

pinjam masa sikit buka web ni:
http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/

Monday, July 08, 2013

ahlan wa sahlan!!!!

bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma ballighna ramadhon... "ya Allah sampaikanlah kami kepada Ramadhan"

semoga akhi wa akhowat yg comel2 belaka ciptaan Allah dan juga huda bersedia utk tempuh bulan Ramadhan ini... n_n

"Bulan Ramadhan - Bulan yg Berkat
Bulan Rahmat dan Bulan Utama
Pahala digandakan - Doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg Istimewa"

by Nada Murni in 4shared

suka sangat dengan nasyid ni ^^ give me inspiration^^

semoga Ramadhan kita semua kali ini lebih barakah dan diisi dengan MaghfirahNya



Tuesday, June 11, 2013

jale2 klate :) bekwoh !!!

lepas jalan2 + makan2 cikedis kat #PantaiIrama kami balik...
syukran kat kawan akk dgn ayh beliau yg duk besut sebab bawa kami jalan2...
kalau x mmg duduk je la dalam homestay tu...huhu


ni la dia pemandangan dari tingkat satu #PasarSitiKhadijah yg kami pergi...
x la sibuk sangat sebab mungkin org duk sebok sekolah kitorang je jalan2...
huhu...apa2 pon enjoy sangat window shopping kat sini dgn Na,Mak Na,Dadam,Akak ngan member2 akak ^^

and this is the spiderman ultimate admire...huhu
Dadam yg mula2 kenal pendiam xse cakap...slow je suara..
last2 bole gak melekat ngan huda...huhu


thanks a lot na!!!!n ur family...
huda belajar make etok kat sini...
wlupon mulanya rasa cemburu sbb na bole make laju2....huhu

and this barakah place:)
student belajar kat madrasah yg dekat dgn umah #TuanGuruNikAziz
dekat2 sini jugak homestay kami...
x berpeluang jumpa dgn seorg pemimpin yg sgt zuhud...
May Allah Bless him 

my sister:)
ajak huda jale2 kat kelantan...terima kasih^^
nanti bole bawa gy Mekah pulak..
hehe...insya Allah ada rezeki kita gy satu famili:)

dan ini sangat AWESOME!!!seriously sedap...!!!
thanks ibu na sbb belanja kami...
may Allah bless her :)

dan alhamdulillah...journey to kelantan tought us a lot of things
about our responsibility
learnt to accept anything that came forwards :)

Thursday, June 06, 2013

Akak ku buat puding marble!!!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah...after dinner ngn famili td...hihihi...smua ahli kluarga ku ad:)

Pastu akk huda nk wat puding marble....

Hehehe...kelakar pulak bile akk nk buat...hehe

Tp ok apa...sebab akk brani mencuba...so huda lah menjadi ....menjadi ap ek...entoh le...huhuhu

Meh sini huda share pic puding marble akk huda...hihihi

Saturday, June 01, 2013

aWak!!!!speci@l utk roomate ku :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Sambil asya baca apa yg hud taip ni...sambil tu dgr la lagu ni...

Kenangan kita :)

Eh!!!dia dah 19 tahun lah!!!!

Lalalalalalala~~~~~~~

Huhuhuhu....azian syafinaz arifin!!!!

Asya da tua....huhu...da nk hmpir setahun huda kenal seorang budak(before 19 kena pggil budak la...hehehe)yg sering berusaha mnjadi lebih baik:)
Dan huda yakin....saat ni pasti asya tgh sentiasa ke arah lebih baik....

Semoga kita sma2 kuat ye asya...huda pon tgh mencari-cari diri ^^

Takpe...better late than never kn:-)

Asya...thanks a lot asya...

X terkira asya punya bantuan pada huda....

Huhuhu...rahsia antara kita pon banyak kan:-) hehhehe.....

Simpan tau...:-)

Insya Allah....kita jumpa masa aptitude...tp iv x pat jumpa...

Xpelah...klu ad rezeki kita bljr sma2 lg ye ^^ doctor-to-be :)

Asya.....huhuhu...nnt khwin jmput huda tau  :) ahaks

#saya xde hadiah special....ni je utk asya:)

Friday, May 31, 2013

Minta maaf tu penting:)

Bismillahirrahmanirrahim :)

Sahabat2 mesti pernah kena marah kan...

Tipulah kalau kata x pernah...huhuu....

Apa taknya...sebab kita semua pernah jadi orang tak tahu...

Kadang2 orang yang mahir pon boleh kena marah...inikan pula kita yang banyak perkara x tahu...huhuhu

Tapi apa tindakan kita ye bila ken marah???kena tegur???

"Kalau akulah yang kena...dah lama aku sound dia balik"

"apa???dia pikir dia bagus sangat nak marah tegur aku...????"

Atau kita prefer ...

"relax brother...."

Huhuhu... 

Ok lah kawan2 yg bijaksana...fikir2 kan ya!!!

Assalamu'alaikum :)

Orang yang kuat ialah orang yg dapat menahan marahnya:)

Thursday, May 30, 2013

kain awak labuh..baju awak labuh...

bismillahirrahmanirrahim...

Assalamau'alaikum sahabat pengunjung :) hari ni huda ada story nak share...

kisah ada sorg ukhti yg huda kenal sgt dengan beliau...tapi beliau x nak namanya dikenali...
cukuplah kita bahasakan ukhti ni sebagai Ainul :)
kisah ni berlaku masa ainul tengah kerja...sama mcm huda la...sbb kami sebaya...sementara menanti panggilan u :)

"awak2...kain kita senget x???"(ainul bertanya kpd teman sekerjanya sambil membetul-betulkan skirt kelabu labuh yang dikenakan sewaktu ke kerja)

" tak senget pon...tapi macam pelik...."kata rakan sekerja ainul

"pelik???kenapa pulak pelik"ainul x puas hati lalu pusing ke kiri dan ke kanan membetulkan skirtnya...

"yelah...tengok awak tu...dengan skirt labuh...tshirt labuh...tudung labuh...tak ke pelik tu"katanya sambil gelak dan berlalu pergi...

ainul yang kebingungan hanya senyum simpul...huhuhu...xpelah...
mungkin sahabat sekerja ku ini masih belum memahami...
di dalam hati ainul berdoa
'ya Allah...Kau kurniakanlah hidayah dan petunjuk kepada sahabatku...semoga suatu hari nanti dia memahami mengapa aku mengenakan pakaian sebigini rupa'

sahabat2 pengunjung pasti pernah mengalami situasi ini kan???
huhuhu...relax...chill aja...
jangan lah kita cepat sangat sentap...hehehe

kalau ada sahabat kita yang berkata begitu mungkin mereka betul2 x tahu...kita yang tahu janganlah terus nak marah dia...kita bagi tahu dia elok2...benda macam ni pon kira dakwah juga...
insya Allah..ok :)
apa2 pon...

muslimah bertudung labuh litup....
jangan kita serongkan pandangan hati kita kepada mereka yang berbaju ketat metat
muslimah yang berjubah niqab...
jangan kita berasa kita terlalu baik dalam segala perkara....
Astaghfirullah al'azhim....

insya Allah...kita sama2 audit diri....huda pon ingatkan diri huda terlebih2 dahulu....semoga kita tahu apa yg betul dan apa yg salah ^^

Tuesday, May 28, 2013

i've done!!!alhamdulillah!!!

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...i've done for my iv...

two interviewers...doctors!!!they are so awesome:)

insya Allah....faiza 'azamta fatawakkal 'alallah:)

#smile #sakinah #usaha #tawakkal
#doa

Monday, May 20, 2013

rindu....biarlah disampaikan dgn doa :)

bismillahirrahmanirrahim

i miss you a.k.a imy
i love you a.k.a ily
i need you a.k.a iny

ily.imy.iny

semua tu huda pernah terima dan rasa....

sweetkan dia...huda rindu sangat kat dia...

tp kawan2 yg tgh baca ni jgn cepat bersangka....

hehehehe...kalau yang baik tu tak pelah..tp klu ada yang ingat huda tujukan kat a 'man'

huhuhu...bukan tu(sambil tersenyun gumbira)

insya Allah x perlu kot kita dahagakan kasih seorang lelaki yg belum halal...

sbb lelaki yg ily.imy.iny dgn kita sblum kahwin ni...

belum tentu dia sungguh2 nk jaga kita....

minta maaf lah abang2 yg mungkin sekarang tengah ada awek2 comel...adik2 lelaki yg ada awek2 cute...

bukan huda nak kata apa...tp erm...this is my opinion...

kalau kita nak bina istana yg kukuh cantik ngan awesome ^^ ...... kita mestu pilih dari material yg terbaikkan....

hehee...gitu jugalah klu nk bina keluarga yg penuh sakinah...bahagia :-)

ok lah...just want share something small but valueable for whom yg nk perah sikit minda lps bce ni....

huhuhu...

may Allah Bless :-D

Friday, May 10, 2013

Dia aturkan terbaik ...PEACE ^^

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah...debaran yg huda rasakan semalam dah berkurang(nampak x...berkurang bukan habis...hehe..sebab banyak lagi yg akan datang ^^ )

result utk uitm da keluar...walaupun x capai yg huda hajatkan...tp alhamdulillah...

insya Allah...ada kekuatan untuk huda teruskan dalam bidang yg huda...umi abah impikan ^^

insya Allah>>>> doctor-to-be ^^

pray 4 me u olls...hehehe...

may Allah bless

Salam Saiyidul Ayyam :)))

Thursday, May 09, 2013

mungkin ia lebih bernilai berbanding wang ringgit....

bismillahirrahmanirrahim....

alhamdulillah...setelah huda kebosanan dan kepenatan duduk umah

basuh baju+jemur baju+basuh pinggan+masak nasi(kadang2 umi da siap tanak b4 gy kerja) n memasak lauk pauk simple yg boleh dimakan(tp slalunya umi msk jugak...hehehe)

dan seterusnya x tahu nak buat apa...(mungkin orang lain ad buat jadual kot>>bagus2...hehehe...tp nilah saya...hehee...ad jadual benda lain yg buat ....)

Allah izinkan huda untuk ikot kak siti (kakak ni huda jumpa time program JAZIM kat puchong...tp alhamdulillah...kami sekepala....) keje kat kak dyana punya bakery (huda dgn kwn2 pggil kak dee...kak dee pon sama jumpa kat puchong...huda sgt..waaahhh!!!!kakak ni mmg kaki niaga...mcm2 benda kak dee dok niaga...tp bagus sgt2 sbb dia praktikkan ilmu yg dia belajar dan mengajar dalam hidup^^)

entahlah...mungkin sebab huda minat dengan aktiviti2 mcm ni...buat cookies...pizza...n bake cake..buat dadih...tu yg dok berkobar nak ikot...hehe....seronok :)


tp kan...ap yg huda nk stori mori kat sini ialah....mungkin huda bukanlah penanggung sebuah keluarga...
i'm just a person yg bru hbis dok buat foundation...alhamdulillah...result kluar esok..debor pon ad jugak....tp ap pon result yg kluar kena terima dgn hati yg redho ^^ 
kita da usahakan...

dan seterusnya...pengalaman huda keluar rumah mencari pengalaman insya Allah sedikit sebanyak mematangkan diri yg masih belum+sedikit matang...heheeh...

kelakar sangat bila dah xde keje nak buat...merajinkan diri ke restoran yg ada dan minta keje kat bahagian dapur...hehe...kalau keje bahagian dapur apa je yg huda konfem power..xdenye....nak buat air....errkkk....takut terkurang+terlebih pulak manisnya...nak menggoreng atas kuali memang lagi x la kan...ahahahaha....

so huda dgn muka selambanya....berbaju tshirt muslimah+sluar track+dgn tdung akel (hehe...promote akel pulak....peace) bagi salam kat owner restoran tu pon minta lah nak wat keje cuci pinggan...awal2 lg huda ckp CUCI PINGGAN shj...hehehe...tp makcik+pakcik+abang+akak kedai tu bole pandang huda atas bawah....

hahaha.....kelakarlah diorg...sebab siap tanya lagi...SIAPA YG NAK KEJE???
siap pandang kiri kanan lagi....hehehe...SAYAlah makcik...heheheeheh

bukan satu kedai yg huda tny...3-4 kedai kot...hehehe(org xde keje)
kenapa diorang macam tak caya huda nak wat keje tu semua....heemmmmm...
umi kata mungkin sebabn diorang tgok spec mata huda...hahaha...macam budak study...

dan makcik2 tu semua amik no huda dan sampai sekarang xde orang kol huda..hahaha
kelakar pulak bila duk sorang2 ingat balik :)

tp dari situlah huda dapat kutip pengalaman...
dan pengalaman tu huda x mampu beli dgn wang ringgit walau berjuta ...
macam manalah kan...huda ni bukan penanggung keluarga...cuma nak cari pengalaman...
macam mana KETUA KELUARGA yg berusaha siang malam cari nafkah utk sara keluarga...
alhamdulillah...semoga diri ini menjadi lebih bersyukur dan terus bersyukur
ALHAMDULILLAH....

Wednesday, May 01, 2013

Pasti akan pergi...

Bismillahirrahmanirrahim....

Saat lautan manusia berkempen...huda menyempatkan diri untuk menitip dalam blog huda....

Just a simple blog...

Huda wat blog ni pun sebagai ingatan untuk diri huda juga :-)

Semalam ada teman seusia huda dijemput Ilahi...

Maksudnya umur arwah 19 tahun...muda lagikan...

Allah tak janjikan tua sebagai penamat riwayat...

Sebab tu kita kena UBAH mindset kita....

Klu dulu kita mungkin ada cakap...NANTI DA TUA AKU BERTAUBATLAH...AKU JOIN LA MANA2 JEMAAH...MASA TU AKU DUDUK ATAS TIKAR SJADAH JE...

klu satu masa dulu kita mungkin ada cakap...ALA....MASA MUDA NILAH KITA NAK ENJOY...JOMLAH!!!!GY REMPIT DULU....

dan mungkin satu masa dulu kita pernah kata...KAT SAPE LAGI AKU NAK TUNJUK KECANTIKAN YG ALLAH BAGI...BILA DA TUA RAMBUT DA PUTIH NANTI AKU PAKAI LA TUDUNG...AKU TUTUP AURAT BAIK PUNYA....

huda akui....phrases kat atas tu mungkin pernah terlintas dibibir kita...

Tapi kita jangan lupa.....jangan sampai kita menyesal sampai kesudah...

Sebab apa??????

Sebab masa dah dikafan x kan saat tu baru kita nak solat????saat tgn dan tubuh kita dah dibalut???nak bergerak pon dah x bole???

Takkan masa tu juga kita nak tutup aurat...jangan risau...saat tu pastinya aurat kita tertutup kemas....tapi bukan kita yg bantu diri kita lindungi aurat kita....sebaliknya ada insan2 yg kasihan akan kita yg akan membalut badan kita dgn kain kafan yg putih bersih....

Masa tu kita dah xde guna nak menyesal....

Kawan2di facebook...di twitter...di instagram...di myspace da x dpt bantu kita walau dulu diorg lah yg banyak luang masa dgn kita....

Ya Allah..sungguh kami tak tahu saat datangnya ajal kami....namun yg pasti...ia akan tiba jua....

Kau jadikanlah kami istiqamah dalam ketaatan kepadaMu....bantulah kami ya Rahman....

Kau sudahkanlah pengakhiran hidup kami dgn pengakhiran yang baik...jgn Kau sudahkan hidup kami dgn pengakhiran yg tidak baik...aminn......

Saturday, April 13, 2013

Subhanallah....hidayah tu milik kekal Allah:-)

Bismillahirrahmanirrahim:-)

Erm....tadi gy pasaraya ngan parents...kat mydin ^^

Erm...hari sabtukan ..so ramai la bdk2 #tgb yg outing...ad yg ngn parents...biasanya lg ramai ngn  member la +_^

Pastu benda yg pling huda tak jangka sbb dpt jumpa ngn schoolmate...

Sebenarnya slalu je jumpa dia....sbb kitorg sma2 join jadi fasi:)

Mungkin ada baiknya huda x mention nma sis tersebut:)

Just huda nk crita about herself^^

Sweet sgt ukhty ni...sbb apkan..sbb hijrah dlm diri ukhty....

Huda jumpa dia pon huda jadi segan dgn ukhti....

Tp yg huda sgt hormat about this sis ialah bila msa sis ni da ad azam....iltizam yg dia usahakan sgt tinggi^^

Klu dlu dia hanya lah gadis bertudung bawal pendek....(huda x bermksud mmndg serong kpd mreka yg brtdung bawal...huda sbnrnya suka  tgok akhowat yg brtdg bawal tapi she take note about jarang,labuh yg prlu dlabuhkn...islam tu mudah^^ tp bkn utk diambil mudah...sila faham ayat tu=>  )

Ukhti ni student pasum...insya Allah dia dpt tarbiyah di pasum:)

Pastu lps bbrp lma ddk kat u yg berbeza...huda jmpa dia dn ukhti ni dah bertdg bdg 50..

Alhamdulillah....sweet sgt hijrah beliau...Allah berhak bagi hidayah kat spe2 yg Dia nk^^

Dan skrg...saat huda jumpa dia td...subhanallah...dia indah dalam tdg labuh...

Insya Allah...dia istiqamah dlm hijrahnya...Allahumma amin...^^

Dan insya Allah..dia berpeluang lanjut pljrn dlm bdg perubatan...mabrook ukhti^^

Tp huda ingat kan diri huda juga....pakaian yg membalut tubuh kita bknlah satu jaminan syurga tu milik kita...

Tp bila kita usaha menjaganya kerana Allah...kita dlm usaha memperbaiki diri..dan ianya akan bawa kita dalam redho Ilahi:-)

Dan syurga itu hnya bole kita masuki dgn rahmat dan redho Allah....

#segala yg baik dtg dri Allah..dan klu yg salah dn silap tu ats kkurngn diri huda yg lmh...

Tuesday, April 09, 2013

kita pernah sebumbung dan selamanya dalam memori....!!!!!!!!

bismillahirrahmanirrahim....

ni special utk housemates ku...

masa first2 masuk R3403 mcm malu2 je sbb x kenal korg semua...

huda ngan asya duk ngemas dalam bilik...masuk semua baju2 yg bwa dlm locker....

masa tu pintu bilik bertutp...cakap ngan asya pon ckit je...kekok masa tu...

pastu housemates yg lain ketuk pintu

Tok Tok Tok...

pintu pun terbuka...

Awak nak mop lantai???

kat situ bermula kemesraan antara kita^^gy MDS sama2...siap ad jadual lagi utk mandi...

bila igt balik....tersenyum sorg2:)
tp tu lagi manis dari senyum sorg2 igt benda bukan2 kaaannnn....^^

huda bersyukur sangat dipertemukan dgn housemates mcm korg...

sbb ad kawan2 yg lain...siap x bertegur pon dgn housemates diorg....

kita sekepala kan...bila antara kita ada wat salah...

kita sama2 tegur..terima kasih housemates sbb bnyk buka mata huda n tegur salah silap huda^^

kita pon alhamdulillah kan berkesempatan solat jemaah..walau x selalu...igt x kita baca AlQuran sama2...

pastu selang2 baca maksud:)

huda xkan lupa semua tu...sbb benda tu bukan mudah utk kita wat sama2...

huda harap walau lps ni kita x jumpa...tp benda2 baik yg kita pernah wat sama2...kita usaha sama2 istiqamah...insya Allah....Huda igtkan diri huda terlebih2 lagi....

errrmmmm...dah lah...huda xnak cerita panjang2 sgt....nnt ada yg basah laptop nnt....

huda x kan lupa ad punya kerenah....(antara kita je tahu...ad jgn marah^^)..terima kasih sgt2 sbb x jemu kejut huda bngun pagi...^^

dan aida yg suka muncul tiba2 wat huda ngan asya separuh bernafas... :/
aida la yg paling kuat igtan...hehehe(smua faham kot maksud huda...hehehe)

illi yg selalu jadi mama utk kitorang.....(x terbalas kebaikan korg belikan huda mknn time KERAJINAN menguasai diri...hehehe)

alea yg rajin melayan kerenah kitorg...bwk gy tutti....pasar malam (terima ksih sgt2)

na yg selalu jd ratu air mata...hehehe...damdam je jatuh butir mutiara kat pipi...hehehe...kopok sentiasa huda igt:)

min yg suka ikut suara huda....min...lps ni da xde org huda nk cocok da... :(

dan terakhir sekalinya....bdk yg study time huda tido tp tido time huda study...hehehe
azian^^......terima kasih sbb sudi jadi housemates huda....take care time huda demam....
huda xkan lupa semua tu....



isk...isk...isk...

da2...cukup dah....

huda yg penuh dgn salah silap kekurangan tersalah ajar bagi konsep physics sndiri...

mohon maaf sgt2....

halalkan makan minum huda....insya Allah yg x langsai huda xkan lupa...semoga Allah iringi hidup kita semua dgn berkah keredhoanNya...

walau di bumi mana kita berpijak....
Allah sentiasa perhatikan kita....^^
sayang awak2 semua :D






kena dgn blog huda!!!!!

bismillahirrahmanirrahim...

tadi masa dok tengok2 fb tiba2 huda ad terbaca satu post ni:

credit to the original owner>>>May Allah Bless U ^^

Suami : A, B,C..

Isteri : what ?

Suami : Always Be Careful.....

Isteri : Hehe.. then?

Suami : D, E, F, G..

Isteri : hmm..?


Suami : Don't Ever Forget Girl..

Isteri : Girl..?!

Suami : Hmm... I'm H, I..

Isteri : What H, I ?

Suami : Happily Inlove..

Isteri : So... ?

Suami : J, K, L, M Just Keep Loving Me...
..
Ister i : And how about N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z??

Suami : No Other Person Quite, Reasonable, Shall

Treat U Very Well except me Your Zauj...

Ister i : ♥ ^_^ ♥


#Cinta Halal itu Sweet kan?


credit to the original owner>>>May Allah Bless U ^^

seronok je baca....
tapi seronok2 juga...kita sendiri nak seronok tu kena wat preparation

so..yg da abis asasi...dengar khabar angin..ribut taufan...

hehehe...ramai yg nak nikah...alhamdulillah...^^

tapi benda penting macam ni x bole la wat semborono je...(betul ke aku eja ni :l )

sebab nikaj ni bukan sebab perasaan antara boy n girl...

tp kita nk bina satu ummah baru :)

wah....amik ayat @hilalasyraf....hehehe..sbb td bru baca ckit buku akhi :)

ok lah ..... sebenarnya mksd huda kena dgn blog huda tu aBcDeFgHiJkLmNoPqRsTuVwXyZ

aasif maaf sori kalo ada yg silap....semoga bermanfaat wlu seciput ^^